Nama Usahawan : Mohamed Yusri Bin Abdul Wahap               
Umur : 41 Tahun
Tahun Keahlian : 2018
  • LATAR BELAKANG USAHAWAN

Merupakan seorang usahawan produk makanan bimbingan RISDA dan juga sebagai pembekal kuih-muih di sekolah-sekolah terdekat memandangkan permintaaannya yang amat tinggi. Kini beliau mula melebarkan perniagaannya dengan membuka gerai bergerak di pasar-pasar malam dengan menjual Char Kue Tiow bersama rakannya.  

  • SEBELUM KELAS ICT/KEUSAHAWANAN

Dengan kemajuan ICT pada zaman ini, beliau boleh dikatakan agak jauh ketinggalan dari segi pemasaran melalui atas talian. Beliau hanya banyak membuat pemasaran melalui Whatsapp dan tidak pernah mempunyai akaun media sosial lain seperti FACEBOOK dan INSTAGRAM.

  • SELEPAS KELAS ICT/KEUSAHAWANAN
  • Beliau dilatih dalam menyediakan dokumentasi seperti sebut harga, resit dan dokumentasi yang lain. Beliau juga dibimbing untuk membuka akaun media sosial bagi melebarkan sayap perniagaan beliau, menambahbaik teknik pemasaran atas talian dan juga sebagai persediaan jika kontrak sebagai pembekal ditamatkan.
Nama Pelajar : Saidah Salwa Binti Mustapar
Umur : 19 Tahun
Tahun Keahlian : 2019
  • LATAR BELAKANG PELAJAR

Merupakan pelatih jurusan Fashion & Dress Making di Giat Mara Cawangan Chenor.   

  • SEBELUM KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER

Beliau telah memiliki kemahiran asas komputer sahaja.

  • SELEPAS KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER
  • Beliau dilatih bermula dengan Kelas Asas MS Office, penyediaan Resume', Asas Adobe Photoshop & Illustrator dan juga beberapa kemahiran lain dalam penyediaan dokumen-dokumen penting bagi keperluan beliau.
Nama Usahawan : Abd. Syafiq Bin Abd. Aziz               
Umur : 22 Tahun
Tahun Keahlian : 2013
Youtube https://youtu.be/oN3utZJVvtU?feature=shared
  • LATAR BELAKANG USAHAWAN

Merupakan seorang pengunjung setia dan juga seorang usahawan muda yang bergerak aktif dalam berniaga. Beliau kini memiliki syarikat cetakan T-shirt yang dinamakan Renyai Global Trading dibangunkan bersama rakan-rakannya

  • SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Beliau mahir asas ICT cuma kurang mahir dalam asas fotografi, video editing juga kurang mahir teknik-teknik pemasaran lain bagi mengembangkan lagi perniagaan beliau. 

  • SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
  • Beliau dilatih untuk mencari maklumat seperti design lakaran fesyen baru bagi memastikan syarikat beliau sentiasa memenuhi keperluan masa kini.  Beliau juga dilihat sangat bijak menggunakan kelebihan internet yang ada disini dengan memaksimumkan penerimaan tempahan melalui atas talian. Turut serta terlibat sebagai Malaysian ICT Volunteer SKMM dan ikuti setiap program/bengkel yang dianjurkan seperti Daftar e-Rezeki MDEC, Hari Dashboard Komuniti dan lain-lain.
Nama Usahawan : Nur Hidayah Binti Mustafa               
Umur : 24 Tahun
Tahun Keahlian : 2019
  • LATAR BELAKANG USAHAWAN

Merupakan pelatih Giat Mara Maran jurusan Fashion & Dressmaking dan juga seorang usahawan yang menjalankan perkhidmatan Kurier dan Pengangkutan di Temerloh. Perniagaan ini adalah lebih kepada perniagaan keluarga dan bertugas di bahagian pengurusan operasi.

  • SEBELUM KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN

Beliau mahir asas ICT cuma beliau kurang mahir berkenaan teknik pemasaran, teknik pengurusan akaun, penyediaan dokumen dan sebagainya. 

  • SELEPAS KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
  • Beliau diatih menguruskan dokumen serta teknik pemasaran.  Kini beliau dapat menjimatkan kos pengiklanan dengan membina iklan sendiri serta pengurusan akaun jauh lebih teratur.  Beliau juga mengikuti setiap program @ bengkel yang dianjurkan seperti Daftar e-Rezeki MDEC, Hari Dashboard Komuniti dan lain-lain.
Nama Pelajar : Saidah Nadiah Binti Mustapar
Umur : 21 Tahun
Tahun Keahlian : 2015
  • LATAR BELAKANG PELAJAR

Merupakan pelatih Jurusan Fashion &  Dress Making di Giat Mara Cawangan Chenor.

  • SEBELUM KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER

Sebelum ini beliau telah memiliki kemahiran asas komputer sahaja.  Walaubagaimanapun, kemahiran yang beliau perolehi tidaklah mencukupi bagi memastikan keperluan ICT pada masa sekarang dan juga masa hadapan.  

  • SELEPAS KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER
    • Beliau dilatih bermula dengan Kelas Asas MS Office, penyediaan Resume', Asas Adobe Photoshop & Illustrator dan juga beberapa kemahiran lain dalam penyediaan dokumen-dokumen penting bagi keperluan beliau.