Nama Usahawan : Muhammad Nurullah Shazran Bin Zakaria          
Umur : 17 Tahun
Tahun Keahlian : 2016
  • LATAR BELAKANG USAHAWAN

Merupakan seorang pengunjung tetap dan juga merupakan salah seorang sukarelawan PEDi Kampung Chenor. Beliau kini sedang giat mencari sumber pendapatan bagi menampung pembelajaran beliau.

  • SEBELUM KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN

Sebelum ini beliau banyak fokus kepada hiburan dalam penggunaan ICT. Beliau dilihat kurang mengambil kesempatan dengan lambakan informasi berguna termasuk peluang pekerjaan yang tersedia dalam talian.  

  • SELEPAS KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
  • Beliau dilatih untuk mencari informasi-informasi yang terdapat di internet. Dengan dorongan rakan sebaya dan khidmat nasihat daripada petugas, beliau telah berjaya mencipta saluran pendapatan sampingan iaitu perkhidmatan gunting rambut bergerak.
Nama Usahawan : Mohamad Basrul Bin Bujang          
Umur : 20 Tahun
Tahun Keahlian : 2013
  • LATAR BELAKANG USAHAWAN

Merupakan seorang pengguna tetap dan juga merupakan sukarelawan PEDi Kg Chenor. Beliau kini sedang giat mencari sumber pendapatan bagi menampung pembelajaran beliau.

  • SEBELUM KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN

Sebelum ini beliau banyak fokus kepada hiburan dalam penggunaan ICT. Beliau dilihat kurang mengambil kesempatan dengan lambakan informasi berguna termasuk peluang pekerjaan yang tersedia dalam talian.  

  • SELEPAS KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
  • Selepas penglibatan PI, beliau menyedari tentang informasi-informasi yang terdapat dalam talian.  Dengan dorongan rakan sebaya serta khidmat internet dan khidmat nasihat dari PI, beliau telah berjaya mencipta saluran pendapatan sampingan iaitu perkhidmatan gunting rambut bergerak.
Nama Usahawan : Masturina Syahidah Bt Othman     
Umur : 27 Tahun
Tahun Keahlian : 2015
  • LATAR BELAKANG USAHAWAN

Merupakan seorang pengguna tetap dan juga merupakan ahli Malaysian ICT Volunteer (MIV) SKMM.

  • SEBELUM KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN

Beliau mahir menggunakan ICT dan telah menjual produk secara atas talian cuma kurang mahir dari segi penyediaan dokumentasi dan juga teknik pemasaran. 

  • SELEPAS KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
  • Beliau dilatih untuk menguruskan dokumentasi dengan lebih baik dan juga dapat membuka peluang penjualan lebih luas dengan membentuk salur jualan dengan mengikuti program-program yang dianjurkan sekitar Maran.
Nama Pelajar : Zulhelmi Afnan Bin Zahrul
Umur : 19 Tahun
Tahun Keahlian : 2013
  • LATAR BELAKANG PELAJAR

Merupakan seorang pengguna perkhidmatan tetap seperti melayari internet dan Youtube, beliau bersama rakan-rakannya juga seringkali turut serta membantu petugas dalam menjalankan program di PEDi

  • SEBELUM KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER

Beliau sudah pun memiliki kemahiran dalam penggunaan komputer. Namun begitu, beliau bersama rakan-rakannya ingin menerbitkan video pendek mereka sendiri dan memerlukan khidmat PEDi dalam membina sesebuah video.  

  • SELEPAS KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER
  • Beliau bersama-sama rakan-rakan telah diajar ilmu asas seni layar dan juga kemahiran penggambaran serta kerja-kerja ‘editing’.
Nama Pelajar : Muhammad Syafei Bin Ab Molok
Umur : 22 Tahun
Tahun Keahlian : 2020
  • LATAR BELAKANG

Merupakan seorang OKU lembam yang berasal dari Kampung Chenor. Beliau sering datang untuk melayari internet. 

  • SEBELUM KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER

Walaupun beliau seorang OKU lembam, tetapi beliau memiliki sedikit kemahiran komputer. Sedikit hairan bagi individu seperti beliau memiliki kemahiran komputer.  

  • SELEPAS KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER
  • Kini beliau boleh melayari laman web sendiri tanpa bantuan daripada petugas.