-
View the embedded image gallery online at:
http://kgchenor.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=25#sigFreeId2136a75bee
Nama Usahawan | : Hasan Bin Abu |
Umur | : 48 Tahun |
Tahun Keahlian | : 2017 |
- LATAR BELAKANG USAHAWAN
Merupakan penyanyi lagu loghat Pahang yang telah menghasilkan 2 album telah memulakan kariernya pada tahun 2015. Dengan kelebihan tersebut, beliau telah menjalankan perniagaan sampingan menjadi Deejay undangan di Manis FM dan juga Deejay di majlis-majlis sekitar Pahang.
- SEBELUM KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
Beliau mempunyai kemahiran asas ICT seperti melayari laman media sosial tetapi beliau kurang mahir/pengetahuan cara memasarkan perkhidmatan beliau serta ingin menambahkan lagi punca pendapatan beliau.
- SELEPAS KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
- Beliau dilatih bermula dengan tambahbaik lagi saluran media sosial (FB Peribadi & FB Page), diajar teknik-teknik kemaskini FB profil, kemaskini isi kandungan media sosial serta terbitkan segmen sendiri di saluran Youtube. Saban hari, saluran Youtube beliau telah menarik minat pengguna lain dengan segmen 'Moh Cakak Pahang'. Kini beliau telah mendapat permintaan untuk mempromosikan perniagaan/produk dari peniaga-peniaga tempatan di saluran media sosial beliau.
-
View the embedded image gallery online at:
http://kgchenor.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=25#sigFreeId416f28afd9
Nama Pelajar | : Puteri Anis Hazieqah Binti Azizul Hassan |
Umur | : 18 Tahun |
Tahun Keahlian | : 2016 |
- LATAR BELAKANG PELAJAR
Merupakan pelatih jurusan Fashion & Dress Making di Giat Mara Cawangan Chenor.
- SEBELUM KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER
Beliau telah memiliki kemahiran asas komputer sahaja. Walaubagaimanapun, kemahiran yang beliau perolehi tidaklah cukup bagi memastikan keperluan ICT pada masa sekarang dan juga keperluan masa hadapan.
- SELEPAS KELAS ICT/ LITERASI KOMPUTER
- Beliau dilatih bermula dengan Kelas Asas MS Office, penyediaan Resume', Asas Adobe Photoshop & Illustrator dan juga beberapa kemahiran lain dalam penyediaan dokumen-dokumen penting bagi keperluan beliau.
-
View the embedded image gallery online at:
http://kgchenor.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=25#sigFreeIdcd951b80d8
Nama Usahawan | : Adib Ahmad Amin Bin Abdul Zahar |
Umur | : 22 Tahun |
Tahun Keahlian | : 2013 |
- LATAR BELAKANG USAHAWAN
Merupakan seorang ahli terawal yang berdaftar, pengguna tetap dan juga pelatih Giat Mara Maran dalam jurusan Pendawaian Elektrik. Beliau sangat giat dalam mencari sumber pendapatan bagi menampung pembelajarannya. Kini beliau merupakan seorang stokis Suppreme Hero, sebuah jenama produk sabun dan merupakan satu-satunya stokis di Daerah Maran.
- SEBELUM KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
Beliau kurang mahir asas literasi komputer dan juga tiada asas mengenai teknik pemasaran produk atas talian khususnya
- SELEPAS KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
- Beliau pemasaran produk beliau dilihat semakin memberangsangkan. Walaupun kuantiti produk yang terjual tidak tinggi, tetapi kemajuan dari segi jualan dapat dilihat berbanding sebelum ini.
-
View the embedded image gallery online at:
http://kgchenor.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=25#sigFreeId67472cf8fb
Nama Usahawan | : Nurul Hasanah Bt Yusoff |
Umur | : 26 Tahun |
Tahun Keahlian | : 2014 |
- LATAR BELAKANG USAHAWAN
Merupakan seorang pengguna tetap dan juga merupakan ahli Malaysian ICT Volunteer (MIV) SKMM. Beliau telah menjalankan perniagaan ais krim buatan sendiri yang di hasilkan di bengkel berhampiran kawasan rumah.
- SEBELUM KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
Beliau mahir dalam menggunakan ICT dalam pemasaran produk beliau secara atas talian tetapi kurang mahir dari segi penyediaan dokumentasi dan teknik permasaran yang lain bagi menambah pendapatan beliau.
- SELEPAS KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
- Beliau dilatih untuk menguruskan dokumentasi dengan lebih baik. Selain itu juga, beliau berjaya mencari dan menambah peluang jualan lebih luas dengan mengikuti program-program yang telah dianjurkan di sekitar Maran.
-
View the embedded image gallery online at:
http://kgchenor.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=25#sigFreeIdaee3f88899
Nama Usahawan | : Nurul Aznita Ain Binti Norazman |
Umur | : 26 Tahun |
Tahun Keahlian | : 2019 |
- LATAR BELAKANG USAHAWAN
Merupakan seorang surirumahtanggga dan juga Shopee Seller produk kesihatan. Setiap minggu beliau bersama 2 orang anak kecil beliau datang untuk mendapatkan khidmat internet dan juga cetakan. Selain itu, beliau juga menjalankan perubatan tradisional resdung di rumahnya bagi menambah pendapatan keluarga.
- SEBELUM KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
Beliau banyak memasarkan produk secara atas talian dan berjaya menerima tempahan yang banyak tetapi beliau tidak mempunyai alat pencetak di rumah dan ini menyukarkan beliau menjalankan kerja-kerja pengeposan produk.
- SELEPAS KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
- Dengan sedikit sahaja bantuan daripada pihak petugas, kemudahan Internet dan juga kemudahan percetakan yang lancar, semua permintaan pelanggan dapat dipenuhi dengan sangat mudah. Sehingga kini, tugas-tugas ini telah diurus oleh beliau sendiri dengan sangat baik.